Rakam Masuk Pengguna Forum
ID Pengguna
Kata Laluan
Pendaftaran  Lupa Kata Laluan
Jumlah pelawat masa ini
18
Jumlah capaian sejak Mei 2013
97204
 
Struktur Bahagian

 

 STRUKTUR BAHAGIAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Struktur organisasi Dewan Bahasa dan Pustaka direncanakan berdasarkan keperluan dan kehendak perkembangan masa kini.  Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai lapan bahagian, iaitu:

 

1.           Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan

2.           Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa

3.           Bahagian Sastera, Majalah dan Jurnal

4.           Bahagian Penerbitan 

5.           Bahagian Perancangan Buku

6.           Bahagian Perpustakaan

7.           Bahagian Seni Lukis, Reka Bentuk dan Seni Foto   

8.           Bahagian Pemasaran, Seranta dan perhubungan Awam

 

 

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ( B1)
 

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan merupakan nadi penggerak pentadbiran DBP. Bahagian ini berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berkesan  serta memperkemaskan jentera tenaga jabatan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.  Bahagian ini terdapat  7 unit yang mendukung melancarkan pentadbiran dan pengurusan DBP. Iaitu seperti yang berikut:-

1.          Unit Kewangan

2.          Unit Kakitangan 

3.          Unit Stor

4.          Unit Pentadbiran Umum

5.          Unit Latihan Pembangunan Sumber Manusia (HRD)

6.          Unit Logistik, Kenderaan dan Bangunan

7.          Unit Teknologi Maklumat

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan

Hajah Nortijah binti Haji Mohd Hassan
Pegawai Bahasa Kanan
Tel: 2382511 Sambungan 112

 

 

BAHAGIAN PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA (B2)

Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ialah bahagian yang menjalankan tugas-tugas yang berkenaan dengan upaya membina perstilahan, memperkasa, menyebarkan dan memantau penggunaan bahasa Melayu di negara ini . Di samping menyebarkan tulisan ejaan Jawi.  

 

 

Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa
Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak 
Pegawai Bahasa Kanan
Tel.: 2382511 sambungan 129


Fungsi Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa:

a)    Membina prasarana fizikal bahasa Melayu melalui proses pengekodan bahasa melalui penerbitan daftar, kamus dan pedoman ejaan dan pedoman pembentukan bahasa Melayu; 

b)   Urus setia kepada kerjasama kebahasaan serantau Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan membina, mengembang dan melestarikan bahasa Melayu kepada masyarakat sasaran;

c)    Memberdayakan leksikal bahasa Melayu melalui penciptaan istilah ilmu, penyelidikan bahasa, kebudayaan peribumi dan kosa kata;

d)   Menambah nilai bahan rujukan kebahasaan melalui penstoran data elektronik dalam projek e-Kerajaan (Gerbang Bahasa);

e)    Menyelaras penerbitan Jurnal Bahasa dan Riak Bahasa;

f)     Mengadakan Bengkel Tatabahasa kepada pihak-pihak yang memerlukan;

g)   Menerima dan memproses permohonan tulisan Jawi termasuk menterjemah, membetulkan ejaan dan tatabahasa; h)   Meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi;

i)      Memantu pelaksanaan, penggunaan dan pemakaian tulisan Jawi; dan

j)     Memberi khidmat penterjemahan daripada bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. 

Berikut ialah informasi ringkas mengenai unit-unit yang terdapat di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.


a) Unit Peristilahan

 

Unit ini bertanggungjawab menggubal istilah pelbagai bidang ilmu dalam sains asas, sains gunaan dan sains kemanusiaan. Istilah-istilah berkenaan diterbitkan dalam bentuk daftar, manakala istilah peribumi diterbitkan dalam bentuk glosari. Penggubalan dan penciptaan istilah-istilah ini dilaksanakan dengan kerjasama para pakar dari pelbagai disiplin ilmu, dan ahli-ahli lingustik dari anggota Mabbim. Sejauh ini, Unit Peristilahan telah berhasil menyelaras lebih daripada 420 ribu istilah, dan menerbitkan sebanyak 133 buku daftar istilah.

Penolong Ketua Bahagian Unit Peristilahan
Pengiran Hajah Rosenani binti Pengiran Haji Halus
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 330

 

 Ketua Unit Peristilahan
Dayang Masni binti Moktal
Pegawai Istilah Kanan
Tel. 2382511 sambungan 159

 

b) Unit Perkamusan

Unit Perkamusan bertanggungjawab memasyarakatkan dan membudayakan bahasa Melayu. Unit ini berperanan sebagai penyusun kamus bahasa dan dialek di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, program unit ini juga menjurus ke arah pengekodan bahasa Melayu melalui penyelidikan bahasa dan budaya. Hingga ke hari ini, sebanyak enam buah kamus dan sebuah daftar dialek telah dibukukan iaitu:

 

1.    Kamus Kanak-Kanak

2.    Kamus Kata dan Ungkapan Am

3.     Kamus Bahasa Melayu Nusantara

4.     Kamus Tutong-Melayu

5.     Kamus Kedayan-Melayu

6.     Kamus Bahasa Melayu Brunei

7.    Daftar Leksikal 7 Dialek

 

Penolong Ketua Bahagian Unit Perkamusan
Dayang Hajah Norati binti Bakar
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 156

 

Ketua Unit Perkamusan
Dayang Hajah Rosmariah binti Haji Alli
Pegawai Perkamusan Kanan
Tel. 2382511 sambungan 157


c) Unit Penyelidikan dan Kegiatan

Unit Penyelidikan berperanan sebagai pusat penyelidikan bahan warisan/khazanah bangsa Brunei yang menyumbang kepada perjalanan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Unit ini juga bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan laporan kebahasaan di Negara Brunei Darussalam.

 

Penolong Ketua Bahagian Unit Perkamusan
Dayang Hajah Norati binti Bakar
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 156

 

Ketua Unit Penyelidikan dan Kegiatan
Dayang Noor Lenny binti Haji Mohd Yusuf
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel. 2382511 sambungan 172
 

d) Unit Penterjemahan 
 

Unit ini bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan penterjemahan dan penyemakan teks dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu kepada kementerian, jabatan kerajaan dan pihak swasta. Unit ini juga berfungsi sebagai sumber rujukan kebahasaan kepada orang ramai sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan, kementerian-kementerian, syarikat-syarikat swasta dan orang-orang perseorangan. Selain itu, unit ini juga banyak membantu mengendalikan permohonan yang berkaitan dengan peristilahan, dan menerima banyak pertanyaan melalui telefon mengenai hal ehwal kebahasaan.

 

Penolong Ketua Bahagian Unit Penterjemahan
Dayang Annisa binti Haji Moksin
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 132

Ketua Unit Penterjemahan
Dayang Surinah binti Haji Nordin
Ketua Penterjemah
Tel. 2382511 sambungan 131

 

e) Unit Pelaksanaan Bahasa

Unit ini bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Selain itu, unit ini juga memberi nasihat bantuan dan perkhidmatan kepada orang ramai dalam bidang kebahasaan. Di samping, bertanggungjawab memastikan bahasa Melayu digunakan dengan sempurna dan betul pada papan-papan tanda dan nama serta di bangunan-bangunan seluruh negara. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab ke atas penyusunan daftar perkataan Jawi-Rumi.

 
Ketua Unit Pelaksanaan Bahasa
Awang Raieham bin Mohd.Salleh
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 127

 

f) Unit Jawi  

Unit ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan khidmat tulisan Jawi sejajar dengan kehendak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti maksud Surat Keliling JPM Bil.:21/1988 bertarikh 19 Julai 1988. Selain itu, unit ini juga memberi tunjuk ajar mengenai jenis-jenis khat Jawi. Unit ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dari aspek mengurus permohonan terjemahan dari bahasa Melayu ke dalam tulisan Jawi bagi papan-papan tanda, nama bangunan, kenderaan bagi perniagaan, kain rentang, iklan dan sebagainya.

 

Penolong Ketua Bahagian Unit Jawi
Dayang Annisa binti Haji Moksin
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 132

Ketua Unit Jawi
Awang Haji Alias bin Haji Gafar
Jurutulis Jawi Kanan
Tel. 2382511 sambungan 127



BAHAGIAN SASTERA, MAJALAH DAN JURNAL

Bahagian Sastera, Majalah dan Jurnal merupakan bahagian yang menangani kegiatan dan penyelidikan kesusasteraan, anugerah-anugerah dan menyelaras penerbitan majalah dan jurnal terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha untuk mengembangmajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu di negara ini. Bahagian ini terbahagi kepada empat unit, iaitu Unit Pembinaan Sastera, Unit Pengembangan Sastera, Unit Majalah Dewasa dan Unit Majalah Kanak-kanak dan Remaja.


Ketua Bahagian Sastera, Majalah dan Jurnal

Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

Pegawai Bahasa Kanan

Tel. 2382511 sambungan 136 & 141

 

Unit Pembinaan Sastera 

Unit ini terbahagi kepada dua cawangan iaitu, Cawangan Penyelidikan dan Penelitian Sastera, dan Cawangan Beriga. Unit ini melalui Cawangan Penyelidikan dan Penelitian Sastera) bertanggungjawab dalam menangani kerja-kerja penyelidikan sastera tradisional dan moden; mendokumentasi hasil pengiktirafan dan penghargaan tokoh-tokoh sastera; dan selaku urus setia bagi Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Award), Anugerah Kesusasteraan Islam, Anugerah Sunthorn Phu dan Anugerah Sastera Nasional.

 

Sementara itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam penyelarasan penerbitan Jurnal Beriga yang dikendalikan oleh Cawangan Beriga. Jurnal Beriga diterbitkan enam bulan sekali dengan sasaran pembacanya terdiri daripada orang awam. Unit ini juga mengungkayahkan Peraduan Menulis Rencana Umum Beriga yang diadakan dua tahun sekali.

Penolong Ketua Bahagian Unit Pembinaan Sastera
Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 221


Unit pengembangan Sastera

Unit ini bertanggungjawab dalam mengendalikan kegiatan-kegiatan kesusasteraan seperti Pantaran Sastera, Pertemuan Sasterawan Brunei dan MASTERA; bekerjasama dengan masyarakat setempat, serantau dan antarabangsa seperti RAKIS, UBD, Kumpulan Putra Seni, ASTERAWANI, Badan B2K Tutong; dan menguruskan penyelarasan penerbitan Jurnal Pangsura dan Sisipan MASTERA dalam majalah Bahana. Unit ini juga berperanan selaku urus setia bagi MASTERA Brunei Darussalam, Anugerah Sastera MASTERA, Hadiah Sastera MASTERA (Brunei Darussalam) dan Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA (Brunei Darussalam).

Penolong Ketua Bahagian Unit Pengembangan Sastera
Dayang Rosmuliati binti Haji Yahya
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 137

 


Unit Majalah Dewasa 

Unit ini bertanggungjawab menyelaras penerbitan majalah Bahana, sebuah majalah khusus dalam bidang sastera (kreatif dan nonkreatif). Dengan slogan kata "Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif", majalah ini diterbitkan dua bulan sekali dan sasaran pembacanya terdiri daripada pencinta sastera, bahasa dan budaya. Selain itu, unit ini menjadi urus setia bagi Peraduan Menulis Cerpen dan Kritikan Sastera Bahana sebagai aktiviti tahunan dalam usaha memberikan ruang dan peluang kepada penulis dengan dunia kekreatifan dan keintelektualan.


Penolong Ketua Bahagian Unit Majalah Dewasa
Dayang Norhayati binti Haji Mohd Yusuf
Pegawai Bahasa
Tel. 2382511 sambungan 145


 

Unit Majalah Kanak-kanak dan Remaja

Unit ini mengendalikan penyelarasan penerbitan majalah khusus untuk pembacaan para kanak-kanak dan remaja. Objektif penerbitan majalah adalah sebagai media untuk menyalurkan karya para pelajar di samping mengasah bakat dan mempertajamkan pemikiran mereka melalui penulisan. Selain itu, unit ini juga mengungkayahkan Peraduan Menulis Karangan Mekar.Juara Pelajar sebagai aktiviti tahunan dan mengadakan jerayawara ke sekolah rendah dan menengah seluruh daerah. Tiga buah majalah dikendalikan unit ini, iaitu:

 & Majalah Naindung.

 & Majalah Mekar.

 & Majalah Juara Pelajar.

Penolong Ketua Bahagian Majalah Kanak-kanak dan Dewasa
Dayang Sharyanty binti Haji Mohd Sharif
Pegawai Bahasa

Tel. 2382511

 




BAHAGIAN PENERBITAN (B4)

DBP juga berusaha memenuhi matlamat obligasi sosial dalam menerbitlkan buku,majalah, dan Jurnal  untuk memastikan penyumberan buku tempatan dalam perpustakaan tersedia bagi keperluan bacaan, rujukan dan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran sekolah dan pengajian tertinggi awam serta swasta di negara ini. 

Ketua Bahagian  Penerbitan

 

Mohd Azurin bin Othman

Pegawai Penerbitan

Tel. 2382511 sambungan 175

 

Fungsi Bahagian

a)       
Menyelaras dan mengendalikan penerbitan buku, jurnal dan majalah, risalah, buku rancangan, borang, sijil dan bahan cetak lain.

b)       Mengendalikan penandatanganan memorandum perjanjian bersama penulis dan menentukan royalti penulis

c)        Mengendalikan penandatanganan kontrak perjanjian dengan pencetak yang dilantik oleh jabatan;

d)       Urus Setia Pesta Buku Brunei.

 

 

BAHAGIAN PERANCANGAN BUKU (B5)

Bahagian ini bertanggungjawab mengeluarkan dan menentukan pengeluaran buku. Di samping merakam peristiwa dalam sesuatu masyarakat, ekonomi, budaya,sastera, dan bahasa sebagai satu bentuk kesahan esensial dalam warisan sebelum mengalami proses akulturasi, adatasi, asimilasi dengan budaya, pemikiran dan nilai-nilai yang dibawa dalam agama Islam.  

 

Ketua Bahagian Perancangan Buku

Dr. Haji Ali bin Haji Radin

Pegawai Bahasa Kanan           

Tel. 2382511 sambungan 181



Fungsi Bahagian 

a)   
Merancang penerbitan buku-buku sastera, bahasa, budaya, dan ilmiah bagi bacaan dewasa dan kanak-kanak;

b)   Merancang penerbitan buku teks tambahan bahasa Melayu bagi sekolah menengah dan rendah;

c)   
Menerima dan mendapatkan karya/manuskrip daripada penulis; dan

d)    Menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, dan orang perseorangan bagi memperolhi bahan,  sumber dan tenaga pakar dalam pelabagi bidang disiplin ilmu;

e)    Urus setia  ASEAN Book Publishers Association (ABPA) dan Asia Pacific Publishers Association (APPA);

f)     Merancang penerbitan buku, mengumpul bahan manuskrip di samping mendapatkan penyumbang karya;

g)   Mengendalikan penandatanganan memorandum perjanjian bersama penulis.

 

BAHAGIAN PERPUSTAKAAN (B6)
 

Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka diperkenalkan dalam tahun 1963 khusus bagi memenuhi keperluan penyelidik-penyelidik DBP. Walau bagaimanapun, mulai 24 Ogos 1967, selaras dengan matlamat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, maka perpustakaan ini dibukakan kepada orang ramai. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka juga bertindak sebagai national focal point (Pusat Tumpuan Kebangsaan) bagi hal-hal yang berhubungan dengan perpustakaan di peringkat serantau dan antarabangsa, di samping memberikan khidmat nasihat dalam perancangan penubuhan dan operasi perpustakaan, kursus-kursus atau latihan baharu. Gerakan memperkasa Budaya Membaca merupakan sebuah projek perpustakaan yang  melibatkan semua lapisan masyarakat.   Bagi menanai aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat berilmu dan mampu memanfaatkan Komunikasi Teknologi Maklumat melalui pembelajaran sepanjang hayat. Dewan Bhasa dan Pustak menyediakan Perpustakaan didaerah seperti berikut:-

 i.      Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di Bandar Seri Begawan Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan, BS8711

 ii.       Perpustakaan Daerah Belait
Jalan Padang, Kuala Belait, KA1131

 iii.       Perpustakaan Seria
 Lorong Bolkiah, Seria, KB433

 iv.       Perpustakaan Daerah Temburong
 Gadong Baru, Mukim Batu Apoi, Bangar, PC195

v.      Perpustakaan Daerah Tutong 

 

Perpustakaan Komuniti, iaitu:

     i.        Perpustakaan Muara

    ii.        Perpustakaan Kampung Pandan

   iii.        Perpustakaan Lambak Kanan

   iv.        Perpustakaan Sengkurong

    v.        Mukim Buku di Mukim Gadong 'A'

   vi.        Pusat Masyarakat Bestari, di Mukim Liang Lumut.

Kini perpustakaan DBP dilengkapi dengan Projek e-Perpustakaan yang telah siap pada 30 Mac 2016. Sebanyak 150,001 bahan bacaan telah dikemaskinikan dalam  digital (digitalization) bagi kemudahan orang ramai.. Antara jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan ialah:

     i.        Perkhidmatan Peminjaman

    ii.       Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat

   iii.       Perkhidmatan Bruneiana

   iv.       Perkhidmatan Peminjaman Kelompok

    v.        Perkhidmatan ISBN

   vi.        Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

 vii.        Perkhidmatan Sekolah

viii.       Perkhidmatan Internet

   ix.    Perkhidmatan Sudut Bacaan di Rumah-Rumah Panjang dan 
          Hospital; dan Rumah A'Islah; 

    x.       Sistem Peminjaman Kelompok (SPK)

   xi.       Sistem peminjaman antara perpustakaan (Inter-Library Loan)

 xii.       Penyediaan Internet (wifi)

xiii.       Peti Pemulangan buku

 

 

Fungsi Bahagian Perpustakaan

 

a)    Mengumpul dan memelihara semua jenis buku dan bahan-bahan lain yang diterima;

b)   Menyediakan kemudahan buku dan bahan perpustakaan lain bagi rujukan dan peminjaman;

c)    Menyusun, mengumpul dan menerbitkan bibliografi nasional dan sejarah;

d)   Menyusun dan menerbitkan senarai buku baharu untuk maklumat dan pemberitahuan kepada orang ramai;

e)    Mendapatkan koleksi buku yang lengkap dan bahan perpustakaan lain khusus mengenai Negara Brunei Darussalam (BRUNEIANA);

f)     Menggalakkan dan meluaskan penggunaan buku, maklumat dan bahan-bahan perpustakaan dengan mengadakan peminjaman, rujukan dan perkhidmatan perpustakaan bergerak;

g)   Menyediakan Sudut Bacaan seperti di Rumah-Rumah Panjang dan Hospital; dan Rumah A'Islah; 
h)  Mengadakan kegiatan musim cuti sekolah dan Peraduan Mari Bercerita.


Ketua Bahagian Perpustakaan
Dayang Emi Suryane Binti Haji Hipny/Hipini

Pegawai Perpustakaan
Tel. 2235501 sambungan 504

 

 

BAHAGIAN SENI LUKIS, REKA BENTUK DAN SENI FOTO (B7)

 

Bahagian ini merupakan tulang belakang DBP dalam melaksanakan pelbagai kerja kreatif dan bukan kreatif. Keperluan bahagian ini sangat jelas dalam membantu menterjemah dan merealisasikan aspirasi jabatan dalam memasyarakatkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Bahagian ini mendukung dan memperjuangkan bahasa Melayu melalui bentuk rekaan dan sentuhan seni bagi menambah nilai sesebuah terbitan sama ada untuk projek jabatan mahupun luar jabatan lain. Dalam era teknologi terkini, pelukis meningkatkan kemahiran mereka melalui penggunaan komputer dalam kerja teras harian. Namun begitu, cara konvensional masih dipraktikkan kerana nilai seninya yang masih relevan.

 

Ketuai Bahagian Seni Lukis, Reka Bentuk dan Seni Foto

Awang Haji Muhammad Sofiyuddin bin Haji Sani.

Pelukis

Tel. 2382511 sambungan 122

 

 

Fungsi Seni Lukis, Reka Bentuk dan Seni Foto

a)    Mereka bentuk logo, poster, perwajahan buku, jurnal dan majalah, risalah, buku rancangan, borang, sijil dan bahan cetak lain yang dikehendaki oleh Jabatan dan Kementerian;

b)   Menyediakan ilustrasi buku dan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka; dan

c)   Memberikan perkhidmatan/kerjasama dengan kementerian-kementerian/jabatan-jabatan lain yang berhubung kait dengan kerja-kerja seni lukis, reka bentuk dan seni foto. 
 

BAHAGIAN PEMASARAN, SERANTA, DAN PERHUBUNGAN AWAM (B8)

Bahagian ini  menjalinkan kerja sama strategik dalam memasarkan terbitan DBP dan menyertai pameran dalam dan luar negeri sama ada yang dianjuran oleh pihak kerajaan dan mahupun swasta. DBP mempunyai sebuah kedai Buku yang terletak dalam Bangunan Ibu Pejabat DBP di Berakas.

Fungsi Pemasaran, Seranta dan Perhubungan Awam

a) 
Mempromosi, memasarkan buku-buku, Majalah dan Jurnal terbitan DBP;
b)   Mengurus hasil jualan;
c)   Menjaga imej DBP - meniliti berita-berita dan isu-isu semasa pandangan/aduan orang ramai dalam media massa dan elektronik;
d)   Publisiti, sidang media [Media Conference dan Siaran Akhbar (Press Release)];
e)    Mengurus lawatan dalam dan luar negeri.

 

Ketua Bahagian Pemasaran, Seranta dan Perhubungan Awam

Dayang Hajah Rasiah Binti Haji Tuah
Pegawai Bahasa

TeL: 238511 sambungan 198

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Hak Cipta 2017 © Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam